Alhamdulillah.. Aku skali lagi menulis di ruang maya ini.. setelah hampir 3 thn aku
meninggalkan alam penulisan maya ku.. blog lama ku.. telah ku kubur kan.. namun ku beri
penjenamaan semula terhadap isi kandunganya.. namanya tetap sama.. nama pena
kegemaranku sejak zaman hingusan..sekolah.. hehee..
Setelah beberapa tahun berlalu.. pelbagai dugaan telah ku
hadapi.. namun dugaan-dugaan itu yang mengajar ku erti kematangan.. erti
kekuatan, erti kedewasaan.. erti sebuah kehidupan.. aku bersyukur.. walau pun
di uji, aku mampu bangkit.. berkat sokongan dan kasih sayang keluarga. Aku mampu
mengharungi detik2 ‘kejatuhan’ itu.. sesungguhnya.. sebagai manusia kita perlu
di uji sekali sekala.. utk mengingatkan kita kepada Pencipta Yang Maha Esa..
untuk kita bermuhasabah tentang diri kita..kehidupan kita.. selama ini tidak
lah aku terlalu alpa dan leka.. aku masih mengerjakan solat 5 waktu dan
berpuasa seperti yang dituntut.. namun tanpa aku sedar.. ada perkara-perkara
yang menjauhkan aku dari Nya..
Berkat kasih sayang Allah SWT yang memberiku sedikit
peringatan, aku kembali bermuhasabah diri.. mencari diri sendiri.. belajar memahami
qadar dan qadar.. belajar utk redha.. belajar utk mencintai diri sendiri selain
daripada Yang Maha Esa, Rasulullah dan ibu dan abah tersayang..
Sesungguhnya.. aku gembira kini dengan kehidupan ku..
moga-moga sinar kebahagian sentiasa mengiringi ku dan keluargaku yang tersayang…dan sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah SWT... aminnn…
No comments:
Post a Comment